Sunday, January 13, 2013

Cerita Hati

"Jalanan yang panjang 
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi 
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga"

Saturday, December 22, 2012

Bersama - Devotees

Dedicated to my beloved husband fiddunya wal akhirah :)






Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda

Dikau pernah bertanya
Bila bahgia akan tiba
Ku berkata bersabarlah
Serahkan saja pada yang Esa

Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama

Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini

Kita pernah bersama 
Menempuh onak dan duka 
Tidak pernah putus asa 
Walau dugaan datang melanda

Bila masanya menjelma 
Kebahgiaan akan tiba 
Namun tidak mungkin ku lupa 
Kenangan indah kita bersama

Menempuh onak cabaran 
Dan liku hidup yang panjang 
Tidak mungkin hidup ini sepi 
Selagi ku masih di sini

Kini terungkai sudah
kisah hidup kita
Berbekal taat dan sabar
Pastikan berjaya

Sunday, December 9, 2012

Tersenyum seketika :)

Salam :)

Td duk belek2 inbox msg kt fb hubby, nak cantas mana2 msg yg tak perlu disimpan dh...
duk scroll2 ke bawah tetiba terjumpa coversation ni
selama ni tak prasan plak sbb malas amik tau msg2 yg lama tu...
arini gatal plak tangan nk tgk kn...
tp apa2 pn dh buat aku tersenyum...hehe... :)
teringat masa di awal perkenalan, mmg agak kecoh la jgk kt fb mak2 sedara belah hubby, excited punye pasal cpt je mak cte kt depa :)
terima kasih kpd semua yg tak putus mendoakan kami selama ni, smg kalian sentiasa dipayungi rahmatNya...amin :)


Thursday, December 6, 2012

Pesanan Untuk Wanita...

Sayyidatina Aishah r.a pernah berpesan:

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang."

Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga dikejar jutaan lelaki. Jika kau berbangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki oleh sesiapa sahaja. Muliakanlah dirimu dengan IMAN & TAQWA sebanding mutiara zabarjad yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga..



Sunday, November 25, 2012

Antara Perkara Yang Menggoda

Salam semua...
erm hari ni tetiba tertengok satu reseipi ni...
Namanya Snow Pudding...gulp
Terus terliur dan tergoda dgn dessert ni...
Wahai diri, tolonglah jangan nk tergoda sgt, tak elok makan manis2 sgt ni...
Tapi dah takleh nk kata apa la...kene gak buat ni demi memenuhi kehendak tekak :p
My all time feberet...apa2 sahaja yg berperisa strawberi + coklat...
huhu...mari kita tgk camne rupenye...



Ok ni pulak resipnye
(Sumber resipi : http://www.kongsiresepi.com/read/8506/0/)


SNOW PUDDING
By: Yasa Boga
Rujukan : Yat easybakes

Resepi:
(untuk 1/2 daripada adunan asal)

Lapisan Susu
4 gm agar-agar serbuk
1- 2 titik esen vanila
200 ml susu segar
50 gm gula
175 ml whipping cream

Lapisan Strawberry
4 gm agar-agar serbuk
250 strawberries ~ dikisar
75 ml air
75 gm gula
1 biji putih telur

Lapisan Coklat
4 gm agar-agar serbuk
375 ml susu segar
25 gm serbuk koko
65 gm gula
1 bijik kuning telur
1 sudu besar susu segar
Sedikit coklat emulco

Beberapa biji strawberries di hiris ~ untuk hiasan


Cara-cara : 
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Bilas loyang dengan air
Potong buah strawberries kepada kepingan.
Susun pada dasar loyang
Alas dasar loyang dengan buku latihan di sebelah bahagian sahaja untuk menyengetkan kedudukan loyang

Kita mulakan dengan lapisan susu
Dalam periuk kecil, satukan susu segar, serbuk agar-agar dan esen vanila.
Kacau rata.
Kemudian panaskan pada api sederhana.
Tambahkan gula, dan kacau hingga gula melarut.
Matikan api.
Tambahkan whipping crean dan kacau rata
Tuangkan dalam loyang dan biarkan hingga ia mengeras

Sementara itu kita sediakan lapisan strawberry
Kisar buah strawberries dengan sedikit pewarna pink dan air hingga lumat.
Satukan jus strawberries dengan agar-agar dan gula, masak atas api perlahan hingga gula dan agar-agar melarut
Matikan api
Dalam bekas lain yang kering, putar putih telur sehingga kental dan kaku
Ambil sedikit agar-agar dan tuang dalam putih telur sambil terus memutar
Kemudian tuangkan adunan putih telur dalam baki adunan agar-agar strawberries
Kacau rata
Alihkan kedudukan buku pada bahagian yang sebelah pula
Tuangkan adunan perlahan di atas lapisan susu tadi.
Mulakan pada bahagian tepi loyang.
Biarkan ia mengeras

Kemudian kita buat pula lapisan coklat
Dalam periuk kecil kita satukan susu, agar-agar serbuk dan gula dan masak atas api perlahan hingga agar-agar dan gula melarut
Dalam cawan kecil ita larutkan serbuk koko dengan sedikit air panas.
Kemudian masukkan larutan koko ke dalam adunan agar-agar.
Pukul sedikit kuning telur
Ambil sedikit adunan agar-agar coklat dan tuangkan dalam kuning telur
Kacau rata
Tuangkan kembali adunan kuning telur yg bercampur agar-agar coklat ke dalam baki agar-agar coklat tadi
Tambahkan sedikit coklat emulco dan kacau rata
Tarik keluar lapisan buku tadi, biarkan loyang dalam kedudukan rata
Dengan perlahan tuangkan adunan coklat atas lapisan strawberry
Mulakan dari bahagian tepi loyang.
Gunakan sudu untuk menuang.
Biarkan puding sejuk dan mengeras
simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin
______________________________________________
Sekian...selamat mencuba utk diriku :)


Monday, November 19, 2012

Life...

Life is knowing that the past is over and learning from it,
knowing that the future will come and preparing for it,
and knowing that the present is here and living it up.
Thank You Allah :)

Sunday, October 28, 2012

Pengalaman, Pengajaran & Pengharapan

"Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu"

August 15, 2011

Lama tak jenguk akaun TJ Jord...hari ni tiba2 rasa macam nk belek2...bila belek2 terjumpa pulak post ni...lagu Perpisahan Ini nyanyian Aizat. Sedey plak tiba2 bila terdengar lagu ni...sobs sobs...

Apa yang aku rasa....

Sedih tatkala mengenangkan masa itu, betul2 menguji kesabaran dan keimanan
Sedih kerana seseorang yang bernama wanita itu tidak tahu apakah itu perasaan hormat terhadap kaum sejenis,
Lagi menyedihkan, tidak pula dia hormat kepada seseorang yang lebih berumur daripadanya, malah menyanjung tinggi egonya itu dan merasakan dirinya seorang yang betul, walhal sebaliknya....

Apa yang aku faham...

Cinta itu bukannya hadir kerna DIPAKSA
Cinta itu hadir bukan atas dasar SIMPATI
Cinta itu tidak hadir dengan hanya rasa SUKA
Cinta itu adalah kerana ALLAH taala...

Apa yang aku lakukan...

Mungkin suatu masa dulu aku pernah berputus asa dengan insan yang aku cintai
Mungkin juga aku pernah  memutuskan harapanku terhadapnya, cuma berserah...

Tapi...

Beginilah ketentuan Allah...

Walau pelbagai cubaan dilakukan untuk memisahkan aku dari dirinya, kami tetap bertemu jua akhirnya..
itulah ajaibnya JODOH....Alhamdulillah, akhirnya kami mengikat pertunangan pada 1 Mei 2012 dan selamat pula diijabkabulkan pada 30 Jun 2012, setelah setahun tertangguhnya hajat kami....Allah Maha Berkuasa & Mengetahui segalanya...MasyaAllah....syukur padaMu...

Pengalaman & Pengajaran...

Aku tak mau cerita panjang lebar tentang kisah yang sudah aku lalui...terlalu panjang dan kompleks, boleh dijadikan Novel Ayat-ayat Cinta yang seterusnya :p ..cuma apa yang boleh disimpulkan untuk dijadikan pengajaran kepada semua....


  1. Setelah merasai keperitan dan kesakitan, barulah kita benar2 dapat menghayati erti sebenar kebahagiaan dan kegembiraan..
  2. Hargailah orang yang sentiasa berada di sisi kita semasa susah senang, tawa tangis dan suka duka kita. Jangan nanti bila mereka sudah tiada di sisi barulah kita rasa kehilangan, tercari-cari dan menyesal...(terima kasih cintaku, kerana masih mencari aku di kala aku berhenti berharap dan pergi jauh darimu...)
  3. Kepada kaum wanita, batasilah setiap kata dan tingkah laku mu, hormatilah saudari yang lebih tua darimu biarpun kamu merasakan pengalaman hidupmu itu lebih kompleks dari mereka...mungkin ada perkara-perkara yang kamu belum pun lalui dan fahami berbanding mereka.
  4. Wanita jangan mudah menagih simpati dan kasihan dari lelaki. Simpati itu bukan cinta. Jika ingin diluah masalah hidup sekalipun carilah rakan wanita yang boleh dipercayai...dan yang lebih penting luahkan pada Allah.
  5. Wanita jangan nak gedik-gedik sangat dan bermanja2 dengan lelaki yang bukan mahram...belum apa2 dah panggil sayang...ewww....lelaki memang mudah kalah dengan godaan wanita...semakin beriman diri seorang lelaki tu semakin kuat pula syaitan yang datang untuk menggodanya....
  6. Cinta itu tidak mampu dipaksa, jika dipaksa hambarlah ia...jangan kerana gagal memiliki cinta kamu seoalah-olah megugut untuk melakukan perkara-perkara yang terlarang..."taknak hidup lagi" la...nak "berpatah balik" la..dan jangan pula menggunakan orang lain untuk mengugut...astagfirullahal'azim...(tersentap juga pabila membaca sms2 tu)
  7. Lelaki jangan mudah tergoda sifat luaran wanita...mungkin pada awalnya dia nampak baik dan sweet semasa menggoda kamu, tetapi apabila sudah dapat lain pula jadinya..
  8. Lelaki jangan terlalu mudah berbual mesra dengan wanita, wanita mudah jatuh cinta...
  9. Lelaki jika sudah berpunya haruslah jujur, berterus terang dan jangan pula bermain teka teki
  10. Apa pun masalah yang melanda sesuatu perhubungan, seharusnya berbincang dengan pasangan dan leraikan dengan baik, jangan suka membuat keputusan tanpa berbincang, lantas akhirnya menyesal dan terasa bodoh dengan tindakan sendiri.
  11. Wanita yang dilanda dugaan, jangan mudah melatah...banyakkan istighfar dan minta petunjuk Allah s.w.t.
  12. Status di facebook mungkin boleh ditukar, tetapi status di hati, hanya empunya diri dan Allah sahaja yang Maha Mengetahui...
  13. Apabila kita mencintai seseorang, lepaskan dia pergi...apabila dia kembali kepada kita, insyaAllah dia mungkin jodoh kita. Banyakkan berdoa...
  14. Letakkan sepenuh pengharapan dan mengadulah kepada Allah s.w.t...walaupun ada rakan-rakan yang membantu menenangkan kita, belum tentu mereka sepenuhnya memahami apa yang kita rasakan...
  15. Tidaklah seseorang itu dikatakan beriman sebelum dia diuji...ujian dan dugaan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja....dan ingatlah, jangan terlalu berkata bongkak, kelak memakan diri..
  16. Kematangan seseorang bukanlah diukur dengan beratnya ujian atau banyaknya ujian yang pernah ditempuh, tetapi kematangan itu adalah bagaimana dia dapat menghadapi dan menyelesaikan sesuatu ujian yang datang itu dengan penuh rasional dan jayanya. 
  17. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini...maka jadikanlah pendampingmu yang sedia ada itu yang terbaik untuk diri kamu. Orang lain yang datang belum tentu dapat menyerasikan diri dan memahami kamu sebagaimana dia amat serasi dan memahami kamu. 
  18. Banyakkan muhasabah diri, meminta maaf dan memaafkan kesalahan orang lain. (Aku, maafkan kamu...)


Harapanku...

Ya Allah, tidaklah Engkau menurunkan ujian buat hambuMu dengan sia-sia. Di sebalik ujianMu terpalit kebahagian yang menjelma. Maka kekalkanlah kebahagiaan buat kami berdua. Kurniakan kami zuriat yang soleh solehah, aset kami ke syurga....kekalkan rasa cinta antara kami sampai syurga....tabahkan hati-hati kami dalam menempuh ujian yang mendatang....tetapkanlah iman kami ya Allah...Amin...


**Entry ini bukanlah bermaksud mengungkit kisah lalu, cuma ingin menyedok beberapa pengajaran yang boleh di ambil supaya lebih berhati-hati di masa hadapan...sebab itu aku tak ceritakan secara detail kisahnya...kalau diceritakan pun, pasti aku menaip entry ini dalam keadaan mengalirkan air mata...luka yang dalam, walaupun sudah sembuh tetap juga meninggalkan kesan parut yang jelas kelihatannya T_T