Thursday, October 25, 2012

Mengapa Begitu Susah Untuk Difahami?

Salam kepada semua...
Semoga hari ini dilalui dengan penuh semangat dan ceria :)

Walaubagaimanapun perasaan aku time ni tidaklah begitu ceria mengenangkan perkara yang berlaku beberapa hari lepas...

Ye, memang aku ada syarikat sendiri, milik aku dan suami yang diusahakan bersama. Setiap bulan alhamdulillah,  Allah sentiasa mengurniakan rezeki yang cukup buat kami....syukur padaMu ya Allah.. Semoga syarikat kami, Golden Horn Creative Enterprise terus maju dan bertambah rezeki...amin..

Cuma kadang-kadang aku terkilan dengan sikap sesetengah insan yang cuba mengambil kesempatan terhadap aku. Memang aku mengenali mereka dengan rapat. Tetapi seharusnya mereka bersikap professional. Setelah diriku dipulun untuk menyiapkan kerja-kerja urgent mereka, sehingga tidur malamku diganggu dengan kerja mereka, dan dengan keadaan diriku yang sedang berbadan dua ini, dengan mudahnya mereka berkata "Ala halal jela yang tu, bajet takde ni...." sedangkan hutang2 yang lama pun masih belum langsai...sebelum itu pandai pula berjanji manis, "Ala takpe nanti boleh bayar...." ya Allah...rasa nak marah pun ada bila dengar ayat2 tu keluar dari mulutnya....tapi aku hanya mampu bersabar sahaja...

Dengar sini pelanggan2ku yang dihormati, sudah lama kamu mengenali diriku dan kamu harus faham, aku juga ada insan untuk disara, aku ada bil untuk dibayar, aku ada pekerja untuk digajikan. Jikalau kamu terus-menerus bersikap sebegini dan mempergunakan diriku hanya untuk kepentingan dirimu, aku minta maaf. Aku tidak akan melayan kamu lagi sekiranya kamu meminta untuk menyiapkan KERJA-KERJA URGENT KAMU. Beberapa cadangan telah aku beri kepada kamu supaya kamu dapat melangsaikan hutang2mu biarpun sedikit lewat...tetapi kamu tidak juga bersetuju dan terus menerus dengan sikapmu itu. Cukup2lah aku dipergunakan. Cukup2lah aku dianiaya dengan sikapmu itu...

Semoga kamu memahami...aku bukannya memutuskan silaturrahim denganmu, cuma aku sudah tidak mahu berurusan bisnes denganmu...

AKU HARAP KAMU FAHAM...

Sekian...


No comments:

Post a Comment